[MAKESTAR] Pengambilan Staf Operasi Fansign K-POP di Malaysia (Sambilan) | 메이크스타

[MAKESTAR] Pengambilan Staf Operasi Fansign K-POP di Malaysia (Sambilan) | 메이크스타

운영 | 경력 무관 |

MAKESTAR menganjurkan pelbagai acara fansign yang memberi peluang kepada artis K-POP dan peminat untuk bertemu secara langsung. Seiring dengan peningk

[MAKESTAR] Pengambilan Staf Operasi Fansign K-POP di Malaysia (Sambilan)

MAKESTAR menganjurkan pelbagai acara fansign yang memberi peluang kepada artis K-POP dan peminat untuk bertemu secara langsung.

Seiring dengan peningkatan jumlah dan skala acara, kami kini mencari staf sambilan untuk menyertai pasukan kami dan membantu dalam pengendalian acara.


Jenis Jawatan

Sambilan


Lokasi Kerja

Malaysia (terutamanya Kuala Lumpur)


Skop Tugas

  • Membuat persiapan dan membantu penyediaan lokasi sebelum acara fansign K-POP
  • Mengurus kemasukan peminat dan membuat semakan identiti
  • Membantu memastikan kelancaran operasi acara
  • Membantu keperluan hospitality


Kelayakan yang Diutamakan

  • Boleh berkomunikasi dalam bahasa Korea
  • Mempunyai pengalaman dalam operasi konsert atau offline event
  • Mempunyai pengalaman dalam industri berkaitan, seperti syarikat entertainment atau event management


Syarat Kerja

  • Bertugas di venue pada hari acara dalam tempoh September - Disember 2026
  • Tarikh acara dan waktu bekerja akan dimaklumkan secara berasingan


Cara Memohon

  • Hantar borang permohonan melalui laman kerjaya MAKESTAR (career.makestarcorp.com)
  • Calon yang berjaya melepasi saringan awal akan mengikuti satu sesi temu duga secara online


Hubungi

sea@makestar.com

직군운영
경력 사항경력 무관
고용 형태아르바이트
접수 기간상시 모집
Created by
[MAKESTAR] Pengambilan Staf Operasi Fansign K-POP di Malaysia (Sambilan)
지원하기